Hyprobulksms

Thursday, June 12, 2008

KALIMAT MUSA DALAM AL-QURAN

Kalimat Musa di dalam al-Qur'an

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "Musa" adalah seperti berikut:

2:51. Dan apabila Kami menemujanji dengan Musa empat puluh malam, kemudian kamu mengambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim.
2:53. Dan apabila Kami memberikan Musa al-Kitab, dan Pembeza, supaya kamu mendapat petunjuk.
2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."
2:55. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan mempercayai kamu sehingga kami melihat Allah dengan nyata"; dan halilintar mengambil kamu, sedang kamu memerhatikan.
2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."
2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan bersabar dengan makanan yang satu macam; mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia mengeluarkan untuk kami daripada apa yang bumi menumbuhkan; herba hijaunya, dan mentimunnya, dan jagungnya, dan kekacangnya, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu menukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan mendapati di sana apa yang kamu menanyakan." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu adalah kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.
2:67. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Allah memerintahkan kamu supaya mengorbankan seekor lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu mengambil kami sebagai buah ejekan?" Dia berkata, "Aku berlindung pada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang bodoh."
2:87. Dan Kami memberikan Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli dengan rasul-rasul, dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak menginginkan, kamu menyombongkan diri, dan sebahagian kamu mendustakan, dan sebahagian kamu bunuh?
2:92. Dan Musa datang kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian kamu mengambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim.
2:108. Atau, adakah kamu menghendaki untuk menanyai rasul kamu seperti Musa ditanya dahulu? Sesiapa yang menukar keimanan dengan ketidakpercayaan, sungguh dia sesat daripada jalan yang betul.
2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
2:246. Tidakkah kamu merenungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "Bangkitkanlah untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang ditetapkan kepada mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit antara mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.
2:248. Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun meninggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh, pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin."
3:84. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
4:153. Ahli Kitab meminta kepada kamu supaya kamu menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit; dan mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar daripada itu, kerana mereka berkata, "Perlihatkanlah kepada kami Allah dengan nyata", lalu halilintar mengambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka mengambil untuk mereka Anak Lembu, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; namun begitu, Kami memaafkan mereka yang itu, dan Kami memberikan Musa kuasa yang nyata.
4:164. Dan rasul-rasul yang Kami menceritakan kepada kamu sebelumnya, dan rasul-rasul yang Kami tidak menceritakan kepada kamu, dan kepada Musa, Allah telah berkata-kata secara langsung.
5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia melantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia melantik kamu raja-raja, dan Dia memberi kamu yang Dia tidak memberikan seseorang pun di semua alam.
5:22. Mereka berkata, "Wahai Musa, di dalamnya ada kaum yang gagah perkasa, dan kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar darinya. Jika mereka keluar darinya, kami akan masuk."
5:24. Mereka berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan masuk selama-lamanya, selama mereka berada di dalamnya. Pergilah, kamu dan Pemelihara kamu, dan berperanglah; kami akan duduk di sini."
6:84. Dan Kami memberikan dia Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami memberi petunjuk. Dan Nuh, Kami memberi petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun - begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.
6:91. Mereka tidak mempertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar ketika mereka berkata, "Allah tidak menurunkan sesuatu kepada mana-mana manusia." Katakanlah, "Siapakah yang menurunkan Kitab yang Musa mendatangkan sebagai satu cahaya dan satu petunjuk bagi manusia? Kamu meletakkannya di kertas-kertas, dengan menampakkannya, dan menyembunyikan kebanyakannya; dan kamu diajar apa yang kamu tidak tahu, kamu dan bapa-bapa kamu." Katakanlah, "Allah." Kemudian tinggalkanlah mereka bersendiri bermain-main permainan penerjunan mereka.
6:154. Kemudian Kami memberikan Musa al-Kitab, yang sempurna bagi orang yang berbuat baik, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan, supaya mereka mempercayai pertemuan dengan Pemelihara mereka.
7:103. Kemudian Kami membangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan.
7:104. Musa berkata, "Wahai Firaun, aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam,
7:115. Mereka berkata, "Wahai Musa, adakah kamu akan melemparkan, atau adakah kami orang-orang yang melemparkan?"
7:117. Dan Kami mewahyukan Musa, "Lemparlah tongkat kamu." Maka tiba-tiba ia menelan apa yang mereka memalsukan.
7:122. Pemelihara Musa dan Harun."
7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan meninggalkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di bumi, dan meninggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"
7:128. Berkata Musa kepada kaumnya, "Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahannya adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
7:131. Maka apabila yang baik datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini ialah kerana kami"; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka meramalkan yang buruk kerana Musa, dan orang-orang yang bersamanya. Ingatlah, bahawa ramalan buruk mereka adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
7:134. Dan apabila kemurkaan jatuh kepada mereka, mereka berkata, "Wahai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa yang Dia menjanjikan kamu. Jika kamu menghilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan mempercayai kamu, dan kami akan mengutus bersama kamu Bani Israil."
7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkanlah untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.
7:142. Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami menyempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan janganlah mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan."
7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami menetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku, supaya aku dapat melihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya menampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."
7:144. Berkata, "Wahai Musa, Aku memilih kamu di atas semua manusia untuk Mesej-Mesej-Ku, dan Perkataan-Ku; ambillah apa yang Aku memberikan kamu, dan jadilah daripada orang-orang yang berterima kasih."
7:148. Dan kaum Musa mengambil untuk mereka selepasnya, daripada perhiasan-perhiasan mereka, Anak Lembu, yang hanya berjasad dan berbunyi seperti lembu. Tidakkah mereka melihat bahawa ia tidak berkata-kata kepada mereka, dan tidak juga memberi mereka petunjuk pada sebarang jalan? Namun begitu, mereka mengambilnya untuk mereka, dan merekalah orang-orang yang zalim.
7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu melakukan untuk menggantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia melemparkan Papan, dan dia mengambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah membuatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim."
7:154. Dan apabila kemarahan Musa menjadi reda padanya, dia mengambil Papan-Papan; dan dalam prasastinya terdapat petunjuk dan pengasihan bagi semua orang yang berasa gerun kepada Pemelihara mereka.
7:155. Dan Musa memilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi mengambil mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.
7:159. Antara kaum Musa, ada umat yang memberi petunjuk dengan yang benar, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.
7:160. Dan Kami memotongkan mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami mewahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan mereka, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.
10:75. Kemudian Kami membangkitkan selepas mereka Musa dan Harun kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya dengan ayat-ayat Kami, tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.
10:77. Musa berkata, "Adakah kamu mengatakan ini kepada yang benar apabila ia datang kepada kamu? Adakah ini sihir? Tetapi ahli-ahli sihir tidak beruntung."
10:80. Kemudian, apabila ahli-ahli sihir datang, Musa berkata kepada mereka, "Lemparlah kamu apa yang kamu akan melemparkan."
10:81. Kemudian, setelah mereka melempar, Musa berkata, "Apa yang kamu mendatangkan ialah sihir; sesungguhnya Allah akan membatalkannya. Sesungguhnya Allah tidak membetulkan amalan orang-orang yang membuat kerosakan."
10:83. Maka tiada yang percaya kepada Musa, kecuali satu keturunan daripada kaumnya, kerana takut pada Firaun dan pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan menganiaya mereka; dan Firaun tinggi di bumi, dan dia termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).
10:84. Musa berkata, "Wahai kaumku, jika kamu percaya kepada Allah, kepada-Nya kamu percayakanlah (tawakal) jika kamu muslim."
10:87. Dan Kami mewahyukan Musa dan saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buatlah rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukanlah solat, dan berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin."
10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."
11:17. Dan bagaimanakah dengan orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya, dan seorang saksi daripada-Nya membacanya, dan sebelumnya ialah Kitab Musa untuk imam dan pengasihan? Mereka itu mempercayainya; tetapi sesiapa yang tidak percaya kepadanya, sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah Api. Maka janganlah kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak mempercayai.
11:96. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan kuasa yang nyata,
11:110. Dan Kami telah memberikan Musa Kitab; dan berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia telah diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
14:5. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, "Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah." Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih).
14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
14:8. Dan Musa berkata, "Jika kamu tidak berterima kasih (kafir), kamu dan sesiapa yang di bumi kesemuanya, namun begitu, sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."
17:2. Kami memberikan Musa Kitab, dan membuatnya satu petunjuk bagi Bani Israil, "Janganlah mengambil untuk kamu sebarang wakil selain daripada Aku."
17:101. Dan Kami telah memberikan Musa sembilan ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada mereka, dan Firaun berkata kepadanya, "Wahai Musa, aku menyangka kamu orang yang kena sihir."
18:60. Dan apabila Musa berkata kepada budak suruhannya, "Aku tidak akan berhenti sehingga aku sampai di pertemuan dua laut, walaupun aku terus berjalan dalam masa yang panjang."
18:66. Musa berkata kepadanya, "Bolehkah aku ikut kamu supaya kamu mengajar aku, daripada apa yang kamu telah diajar, putusan yang betul?"
19:51. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam kitab, Musa; dia tulus, dan dia seorang rasul, seorang Nabi.
20:9. Sudahkah datang kepada kamu hadis (cerita) Musa?
20:11. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, "Wahai Musa,
20:17. Apakah itu yang di tangan kanan kamu, wahai Musa?"
20:19. Berkatalah Dia, "Lemparlah ia, wahai Musa!"
20:36. Berkatalah Dia, "Kamu diberi, wahai Musa, rayuan kamu.
20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku menunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia bergembira (berdingin mata), dan tidak bersedih. Kemudian kamu membunuh satu jiwa, dan Kami menyelamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami menguji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.
20:49. Berkata, "Siapakah Pemelihara kamu, wahai Musa?"
20:57. Berkata, "Adakah kamu datang kepada kami untuk mengusir kami daripada bumi kami dengan sihir kamu, wahai Musa?
20:61. Musa berkata kepada mereka, "Celakalah! Janganlah mengada-adakan dusta terhadap Allah supaya Dia tidak membinasakan kamu dengan azab. Kecewalah orang yang mengada-adakan."
20:65. Mereka berkata, "Wahai Musa, adakah kamu yang akan melempar, atau kamikah yang pertama melemparkan?"
20:67. Dan Musa berasa takut di dalam dirinya.
20:70. Dan ahli-ahli sihir melemparkan diri-diri mereka, bersujud. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara Harun dan Musa."
20:77. Kami mewahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; buatkanlah untuk mereka jalan yang kering di dalam laut, tanpa takut akan dipintas, dan tidak juga ketakut-takutan."
20:83. "Mengapakah kamu bercepat-cepat daripada kaum kamu, wahai Musa?"
20:86. Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita, kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu menjanjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu menghendaki bahawa kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu memungkiri janji temu kamu denganku?"
20:88. Kemudian dia mengeluarkan bagi mereka Anak Lembu yang hanya berjasad, berbunyi seperti lembu; dan mereka berkata, "Inilah tuhan kamu, dan tuhan Musa, yang dia lupa."
20:91. Mereka berkata, "Kami akan tetap bertekun padanya sehingga Musa kembali kepada kami."
21:48. Kami telah memberikan Musa dan Harun, Pembeza, dan Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang yang bertakwa,
22:44. Dan orang-orang Madyan; dan Musa didustakan juga. Dan Aku menangguhkan orang-orang yang tidak percaya, kemudian Aku mengambil mereka; dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku?
23:45. Kemudian Kami mengutus Musa dan saudaranya Harun dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,
23:49. Dan Kami memberikan Musa Kitab supaya mereka mendapat petunjuk.
25:35. Kami telah memberi Musa al-Kitab, dan melantik bersama dia saudaranya Harun sebagai wazir.
26:10. Dan apabila Pemelihara kamu memanggil Musa, "Pergilah kepada kaum yang zalim,
26:43. Musa berkata kepada mereka, "Lemparlah kamu apa yang kamu akan melemparkan."
26:45. Kemudian Musa melemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba ia menelan apa yang mereka memalsukan.
26:48. Pemelihara Musa dan Harun."
26:52. Dan Kami mewahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan diikuti."
26:61. Dan apabila kedua-dua kumpulan berlihat-lihatan, teman-teman Musa berkata, "Kitalah orang-orang yang tersusul."
26:63. Kemudian Kami mewahyukan Musa, "Pukullah laut dengan tongkat kamu"; dan ia terbelah, dan tiap-tiap bahagian seperti gunung tinggi yang besar.
26:65. Dan Kami menyelamatkan Musa dan orang-orang yang bersama dia, kesemuanya.
27:7. Apabila Musa berkata kepada keluarganya, "Aku melihat api, dan aku akan mendatangkan kepada kamu berita daripadanya, atau aku akan mendatangkan kepada kamu sepotong kayu berapi supaya kamu dapat memanaskan diri-diri kamu."
27:9. Wahai Musa, sesungguhnya ini Aku, Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
27:10. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai Musa, jangan takut; sesungguhnya para utusan tidak takut di hadapan-Ku,
28:3. Kami membacakan kamu sesuatu daripada berita Musa dan Firaun dengan benar untuk kaum yang mempercayai.
28:7. Maka Kami mewahyukan ibu Musa, "Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan janganlah takut, dan jangan juga bersedih, kerana Kami akan mengembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan."
28:10. Pada paginya, hati ibu Musa menjadi kosong, dan dia hampir-hampir menampakkan dia sekiranya Kami tidak menguatkan hatinya, supaya dia (ibu Musa) termasuk orang-orang mukmin.
28:15. Dan dia masuk ke kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia mendapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya meminta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (mematikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
28:18. Pada waktu pagi, dia berada di kota, takut-takut dan berjaga-jaga; dan tiba-tiba, orang yang meminta pertolongannya kelmarin meminta pertolongan kepadanya lagi. Musa berkata kepadanya, "Sesungguhnya kamu adalah orang yang bersalah yang nyata."
28:19. Tetapi apabila dia hendak menyerang orang yang menjadi musuh kepada mereka berdua, orang itu berkata, "Wahai Musa, adakah kamu menghendaki untuk membunuh aku sebagaimana kamu membunuh satu jiwa kelmarin? Kamu hanya menghendaki untuk menjadi penindas di bumi; kamu tidak menghendaki untuk menjadi daripada orang-orang yang membetulkan."
28:20. Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, "Wahai Musa, pembesar mereka sedang bermuafakat untuk membunuh kamu. Keluarlah kamu, aku termasuk penasihat-penasihat kamu."
28:29. Maka apabila Musa telah menyempurnakan tempoh, dan dia berpergian dengan keluarganya pada malam hari, dia melihat api di tepi gunung. Dia berkata kepada keluarganya, "Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku akan mendatangkan kepada kamu beritanya, atau berkas kayu daripada api, supaya kamu dapat memanaskan diri-diri kamu."
28:30. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil dari tebing sebelah kanan lembah di tempat yang lekuk yang diberkati, datang dari pokok, "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah, Pemelihara semua alam.
28:31. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai Musa, tampillah ke muka, dan jangan takut; sesungguhnya kamu aman.
28:36. Maka apabila Musa datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang diada-adakan. Kami tidak pernah mendengar yang ini di kalangan bapa-bapa kami yang dahulu."
28:37. Tetapi Musa berkata, "Pemeliharaku sangat mengetahui siapa yang datang dengan petunjuk daripada-Nya, dan siapa yang mendapat tempat kediaman muktamad; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung."
28:38. Dan Firaun berkata, "Wahai pembesar-pembesar, aku tidak mengetahui bahawa kamu ada tuhan selain daripada aku! Nyalakanlah api untukku, wahai Haman, pada tanah liat, dan buatkanlah untukku sebuah menara yang tinggi, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, kerana aku menyangka bahawa dia termasuk pendusta-pendusta."
28:43. Dan Kami memberikan Musa al-Kitab, setelah Kami memusnahkan generasi-generasi yang terdahulu, untuk menjadi bukti-bukti yang nyata, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi manusia supaya mereka mengingati.
28:44. Kamu tidak berada di sebelah barat, ketika Kami menentukan perintah kepada Musa, dan tidak juga kamu antara orang-orang yang menyaksikan.
28:48. Namun begitu, apabila yang benar datang kepada mereka daripada Kami Sendiri, mereka berkata, "Mengapa dia tidak diberi yang serupa dengan apa yang Musa diberi?" Bukankah mereka tidak percaya kepada apa yang Musa diberi dahulu? Mereka berkata, "Dua ahli sihir yang saling membantu satu sama lain." Mereka berkata, "Kami tidak percaya kepada kedua-duanya."
28:76. Sesungguhnya Karun adalah daripada kaum Musa; dia menjadi angkuh kepada mereka kerana Kami memberinya harta-harta simpanan yang kunci-kuncinya adalah beban yang sungguh berat untuk sekumpulan orang yang mempunyai kekuatan. Apabila kaumnya berkata kepadanya, "Janganlah kamu berbangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membanggakan diri.
29:39. Dan Karun, dan Firaun, dan Haman; Musa telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka berlaku sombong di bumi; namun begitu, mereka tidak mendahului Kami.
32:23. Sesungguhnya Kami telah memberikan Musa al-Kitab; maka janganlah kamu dalam keraguan mengenai pertemuan dengan-Nya; dan Kami membuatkan ia petunjuk bagi Bani Israil.
33:7. Dan apabila Kami mengambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, dan Ibrahim, dan Musa, dan Isa putera Mariam; Kami mengambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh,
33:69. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa, tetapi Allah membebaskannya daripada apa yang mereka mengatakan, dan dia terhormat di sisi Allah.
37:114. Sesungguhnya Kami telah berbudi baik kepada Musa dan Harun,
37:120. "Kesejahteraan ke atas Musa dan Harun!"
40:23. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,
40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku membunuh Musa, dan hendaklah dia berseru kepada Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan menukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."
40:27. Dan Musa berkata, "Aku berlindung pada Pemeliharaku, dan Pemelihara kamu, daripada setiap orang yang menyombongkan diri, dan tidak mempercayai Hari Perhitungan."
40:37. Tali-tali langit, dan melihat Tuhan Musa; kerana aku menyangka bahawa dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalangi daripada jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.
40:53. Dan Kami telah memberikan Musa petunjuk, dan Kami mewariskan Bani Israil, Kitab,
41:45. Dan Kami telah memberikan Musa Kitab; dan berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.
43:46. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, dan dia berkata, "Sesungguhnya aku adalah rasul Pemelihara semua alam."
46:12. Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam, dan satu pengasihan; dan ini sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk memberi amaran kepada orang-orang yang membuat kezaliman, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
46:30. Mereka berkata, "Wahai kaum kami, kami telah mendengar sebuah Kitab yang diturunkan selepas Musa, mengesahkan apa yang sebelumnya, memberi petunjuk pada yang benar dan pada jalan lurus.
51:38. Dan pada Musa, apabila Kami mengutusnya kepada Firaun, dengan satu kuasa yang nyata,
53:36. Atau, tidakkah dia diberitahu daripada apa yang di dalam naskhah-naskhah gulungan Musa,
61:5. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, mengapakah kamu menyakiti aku, walaupun kamu mengetahui bahawa aku adalah rasul Allah kepada kamu?” Apabila mereka menyimpang Allah menyimpangkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.
79:15. Sudahkah datang kepada kamu hadis Musa?
87:19. Naskhah-naskhah gulungan Ibrahim dan Musa.

Wednesday, June 11, 2008

KISAH NABI MUSA A.S DALAM SURAH SEMUT

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada isterinya: Sesungguhnya aku ada melihat api; aku akan bawakan berita dari situ kepada kamu atau aku akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat memanaskan diri. (7)
Maka apabila dia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) dia diseru: Berkat yang melimpah-limpah kepada orang yang berada dekat api ini dan sesiapa yang ada (di daerah) sekelilingnya dan Maha Sucilah Allah Tuhan sekalian alam. (8)
Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (9)
Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu dia diseru): Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut, (10)
Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian dia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (11)
Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat (ini ialah) di antara sembilan mukjizat (yang membuktikan kebenaranmu), untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik (derhaka). (12)
Maka ketika keterangan-keterangan mukjizat Kami sampai kepada Firaun dan kaumnya dengan jelas nyata, berkatalah mereka: Ini adalah sihir yang terang nyata! (13)
Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan. (14)

KISAH NABI LUTH A.S DALAM SURAH SEMUT

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya? (54)

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya). (55)

Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: Usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci. (56)

Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab. (57)

Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran. (58)

KISAH NABI SHALEH A.S DALAM SURAH SEMUT

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata): Sembahlah kamu akan Allah! Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang berbalah. (45)
Nabi Soleh berkata (kepada puak kafir): Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan kufur ingkar yang mendatangkan keburukan kepada kamu, (tidak) mendahulukan iman yang mendatangkan kebaikan kepada kamu? Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat. (46)
Mereka menjawab: Kami merasa nahas dan malang dengan sebabmu dan juga dengan sebab pengikut-pengikutmu! Nabi Soleh berkata: Perkara yang menyebabkan baik dan malang kamu adalah di sisi Allah (dan Dialah yang menentukannya, bukannya aku), sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan (oleh hawa nafsu). (47)
Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun. (48)
Mereka berkata (sesama sendiri): Hendaklah kamu masing-masing bersumpah dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh dan pengikut-pengikutnya secara mengejut pada waktu malam, kemudian kita akan berkata kepada warisnya: Kami tidak hadir (di tempat) pembunuhan (Soleh apalagi membunuhnya atau membunuh) pengikut-pengikutnya dan sesungguhnya kami adalah berkata benar. (49)
Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. (50)
Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. (51)
Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya). (52)
Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman, serta yang selalu bertakwa. (53)

Tuesday, June 10, 2008

KISAH NABI SULAIMAN A.S DALAM SURAH SEMUT

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman. (15)
Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata. (16)
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. (17)
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari. (18)
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (19)
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah dia dari mereka yang tidak hadir? (20)
Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali dia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab dia tidak hadir). (21)
Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya dan aku datang kepadamu dari negeri Saba` dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. (22)
Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan dia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan dia pula mempunyai singgahsana yang besar. (23)
Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk; (24)
(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. (25)
Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar. (26)
Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu ataupun engkau dari golongan yang berdusta. (27)
Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka. (28)
(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba`: Wahai ketua-ketua kaum! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia. (29)
Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, (30)
Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah). (31)
Raja perempuan itu berkata lagi: Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya. (32)
Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan. (33)
Raja perempuan itu berkata: Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. (34)
Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita (35)
Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah). (36)
Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba` dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan. (37)
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam? (38)
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah. (39)
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. (40)
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah dia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau dia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian. (41)
Maka ketika dia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu? Dia menjawab: Boleh jadi inilah dia dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah). (42)
Dan dia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu ialah) apa yang dia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah dia (pada masa itu) dari puak yang kafir. (43)
(Setelah itu) dikatakan kepadanya: Dipersilakan masuk ke dalam istana ini. Maka ketika dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam. (44)

KISAH NABI DAUD A.S DALAM SURAH SEMUT

NAMA-NAMA RASUL DALAM SURAH SEMUT

1. Nabi Musa a.s

2. Nabi Daud a.s

3. Nabi Sulaiman a.s

4. Nabi Shaleh a.s.

5. Nabi Luth a.s

Monday, June 9, 2008

DOA-DOA DALAM SURAH SEMUT

1.Doa oleh NABI SULAIMAN A.S.

Dalam ayat 19:"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

2.Doa oleh BALQIS

Dalam ayat 44:"(Setelah itu) dikatakan kepadanya: Dipersilakan masuk ke dalam istana ini. Maka ketika dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam".

FORMULA PENGIRAAN AYAT AL-QURAN BERDASARKAN ILHAM YANG DI KURNIAKAN ALLAH KEPADA SAYA:

19+44=63(Sila rujuk ke ayat 63)"Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya."

63 di pecahkan kepada 2 angka menjadi 6+3=9 (sila rujuk ayat 9)"Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

1+9=10(Sila rujuk ke ayat 10)"Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu dia diseru): Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut"

4+4=8(Sila rujuk ke ayat 8)"Maka apabila dia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) dia diseru: Berkat yang melimpah-limpah kepada orang yang berada dekat api ini dan sesiapa yang ada (di daerah) sekelilingnya dan Maha Sucilah Allah Tuhan sekalian alam."

Di sini saya dapati,hasil pengiraan saya berdasarkan ayat yang mengandungi doa-doa dalam SURAH SEMUT membawa kita kepada kisah NABI MUSA..sekarang cuba lihat urutannya iaitu ayat 8,9,dan 10.

WALLAHUALAM.

Saturday, June 7, 2008

SURAH SEMUT DALAM AL-QURAN

Al-Naml

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya), (1)

Menjadi hidayat petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman, (2)

Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat. (3)

Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggallah mereka meraba-raba dalam kesesatan. (4)

Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang yang paling rugi. (5)

Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) diberikan menyambut dan menerima Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. (6)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada isterinya: Sesungguhnya aku ada melihat api; aku akan bawakan berita dari situ kepada kamu atau aku akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat memanaskan diri. (7)

Maka apabila dia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) dia diseru: Berkat yang melimpah-limpah kepada orang yang berada dekat api ini dan sesiapa yang ada (di daerah) sekelilingnya dan Maha Sucilah Allah Tuhan sekalian alam. (8)

Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (9)

Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu dia diseru): Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut, (10)

Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian dia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (11)

Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat (ini ialah) di antara sembilan mukjizat (yang membuktikan kebenaranmu), untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik (derhaka). (12)

Maka ketika keterangan-keterangan mukjizat Kami sampai kepada Firaun dan kaumnya dengan jelas nyata, berkatalah mereka: Ini adalah sihir yang terang nyata! (13)

Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan. (14)

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman. (15)

Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata. (16)

Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. (17)

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari. (18)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (19)

Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah dia dari mereka yang tidak hadir? (20)

Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali dia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab dia tidak hadir). (21)

Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya dan aku datang kepadamu dari negeri Saba` dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. (22)

Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan dia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan dia pula mempunyai singgahsana yang besar. (23)

Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk; (24)

(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. (25)

Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar. (26)

Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu ataupun engkau dari golongan yang berdusta. (27)

Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka. (28)

(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba`: Wahai ketua-ketua kaum! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia. (29)

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, (30)

Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah). (31)

Raja perempuan itu berkata lagi: Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya. (32)

Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan. (33)

Raja perempuan itu berkata: Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. (34)

Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita (35)

Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah). (36)

Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba` dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan. (37)

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam? (38)

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah. (39)

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. (40)

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah dia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau dia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian. (41)

Maka ketika dia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu? Dia menjawab: Boleh jadi inilah dia dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah). (42)

Dan dia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu ialah) apa yang dia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah dia (pada masa itu) dari puak yang kafir. (43)

(Setelah itu) dikatakan kepadanya: Dipersilakan masuk ke dalam istana ini. Maka ketika dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam. (44)

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata): Sembahlah kamu akan Allah! Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang berbalah. (45)

Nabi Soleh berkata (kepada puak kafir): Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan kufur ingkar yang mendatangkan keburukan kepada kamu, (tidak) mendahulukan iman yang mendatangkan kebaikan kepada kamu? Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat. (46)

Mereka menjawab: Kami merasa nahas dan malang dengan sebabmu dan juga dengan sebab pengikut-pengikutmu! Nabi Soleh berkata: Perkara yang menyebabkan baik dan malang kamu adalah di sisi Allah (dan Dialah yang menentukannya, bukannya aku), sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan (oleh hawa nafsu). (47)

Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun. (48)

Mereka berkata (sesama sendiri): Hendaklah kamu masing-masing bersumpah dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh dan pengikut-pengikutnya secara mengejut pada waktu malam, kemudian kita akan berkata kepada warisnya: Kami tidak hadir (di tempat) pembunuhan (Soleh apalagi membunuhnya atau membunuh) pengikut-pengikutnya dan sesungguhnya kami adalah berkata benar. (49)

Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. (50)

Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. (51)

Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya). (52)

Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman, serta yang selalu bertakwa. (53)

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika dia berkata kepada kaumnya:
Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya? (54)

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya). (55)

Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: Usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci. (56)

Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab. (57)

Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran. (58)

Katakanlah (wahai Muhammad): Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik? Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya? (59)

Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid). (60)

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui. (61)

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (62)

Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya. (63)

Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya) dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar. (64)

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati). (65)

Bahkan mereka (yang kafir) telah berkali-kali mengetahui tentang hari akhirat (tetapi mereka tidak meyakininya), bahkan mereka berada dalam syak mengenainya; bahkan mata hati mereka buta langsung daripada memikirkannya. (66)

Dan orang-orang yang kafir berkata: Adakah sesudah kami menjadi tanah dan juga datuk nenek kami, adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)? (67)

Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan dengan perkara ini, kami dan juga datuk nenek kami dahulu; ini hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala. (68)

Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu. (69)

Dan janganlah engkau berdukacita terhadap (keingkaran) mereka (yang kafir itu,) dan janganlah engkau resah-gelisah disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (70)

Dan mereka bertanya: Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar? (71)

Katakanlah (wahai Muhammad): Dipercayai tidak lama lagi akan datang kepada kamu sebahagian dari azab yang kamu minta disegerakan itu. (72)

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. (73)

Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan). (74)

Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata. (75)

Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan kepada Bani lsrail (perkara yang sebenar-benarnya) mengenai kebanyakan (hal-hal agama) yang mereka berselisihan padanya. (76)

Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (77)

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) akan memutuskan di antara mereka dengan hukumNya dan Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (78)

Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata. (79)

Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya). (80)

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas. (81)

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. (82)

Dan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. (83)

Sehingga apabila mereka datang (ke tempat pengadilan), Allah Taala berfirman: Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keteranganKu dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang kamu telah lakukan? (84)

Dan jatuhlah hukuman atas mereka (dengan azab) disebabkan kezaliman mereka (berlaku kufur ingkar), lalu mereka diam membisu. (85)

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. (86)

Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah (gerun gementar) makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. (87)

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (88)

Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka dia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu. (89)

Dan sesiapa yang datang membawa amal jahat (yang telah dikerjakannya) maka sudah tentu mereka akan ditumuskan mukanya ke dalam api Neraka, (sambil dikatakan kepada mereka): Kamu tidak diberi melainkan balasan apa yang kamu telah lakukan. (90)

(Katakanlah wahai Muhammad): Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan Yang Menguasai segala-galanya dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), (91)

Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran. (92)

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Dia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata) dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan. (93)

Keajaiban Dunia Semut-4

http://www.youtube.com/watch?v=82HwPnXIJx8

Keajaiban Dunia Semut-3

Keajaiban Dunia Semut-2

Keajaiban Dunia Semut-1