Hyprobulksms

Thursday, June 12, 2008

KALIMAT MUSA DALAM AL-QURAN

Kalimat Musa di dalam al-Qur'an

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "Musa" adalah seperti berikut:

2:51. Dan apabila Kami menemujanji dengan Musa empat puluh malam, kemudian kamu mengambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim.
2:53. Dan apabila Kami memberikan Musa al-Kitab, dan Pembeza, supaya kamu mendapat petunjuk.
2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."
2:55. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan mempercayai kamu sehingga kami melihat Allah dengan nyata"; dan halilintar mengambil kamu, sedang kamu memerhatikan.
2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."
2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan bersabar dengan makanan yang satu macam; mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia mengeluarkan untuk kami daripada apa yang bumi menumbuhkan; herba hijaunya, dan mentimunnya, dan jagungnya, dan kekacangnya, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu menukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan mendapati di sana apa yang kamu menanyakan." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu adalah kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.
2:67. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Allah memerintahkan kamu supaya mengorbankan seekor lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu mengambil kami sebagai buah ejekan?" Dia berkata, "Aku berlindung pada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang bodoh."
2:87. Dan Kami memberikan Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli dengan rasul-rasul, dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak menginginkan, kamu menyombongkan diri, dan sebahagian kamu mendustakan, dan sebahagian kamu bunuh?
2:92. Dan Musa datang kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian kamu mengambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim.
2:108. Atau, adakah kamu menghendaki untuk menanyai rasul kamu seperti Musa ditanya dahulu? Sesiapa yang menukar keimanan dengan ketidakpercayaan, sungguh dia sesat daripada jalan yang betul.
2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
2:246. Tidakkah kamu merenungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "Bangkitkanlah untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang ditetapkan kepada mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit antara mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.
2:248. Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun meninggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh, pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin."
3:84. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
4:153. Ahli Kitab meminta kepada kamu supaya kamu menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit; dan mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar daripada itu, kerana mereka berkata, "Perlihatkanlah kepada kami Allah dengan nyata", lalu halilintar mengambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka mengambil untuk mereka Anak Lembu, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; namun begitu, Kami memaafkan mereka yang itu, dan Kami memberikan Musa kuasa yang nyata.
4:164. Dan rasul-rasul yang Kami menceritakan kepada kamu sebelumnya, dan rasul-rasul yang Kami tidak menceritakan kepada kamu, dan kepada Musa, Allah telah berkata-kata secara langsung.
5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia melantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia melantik kamu raja-raja, dan Dia memberi kamu yang Dia tidak memberikan seseorang pun di semua alam.
5:22. Mereka berkata, "Wahai Musa, di dalamnya ada kaum yang gagah perkasa, dan kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar darinya. Jika mereka keluar darinya, kami akan masuk."
5:24. Mereka berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan masuk selama-lamanya, selama mereka berada di dalamnya. Pergilah, kamu dan Pemelihara kamu, dan berperanglah; kami akan duduk di sini."
6:84. Dan Kami memberikan dia Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami memberi petunjuk. Dan Nuh, Kami memberi petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun - begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.
6:91. Mereka tidak mempertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar ketika mereka berkata, "Allah tidak menurunkan sesuatu kepada mana-mana manusia." Katakanlah, "Siapakah yang menurunkan Kitab yang Musa mendatangkan sebagai satu cahaya dan satu petunjuk bagi manusia? Kamu meletakkannya di kertas-kertas, dengan menampakkannya, dan menyembunyikan kebanyakannya; dan kamu diajar apa yang kamu tidak tahu, kamu dan bapa-bapa kamu." Katakanlah, "Allah." Kemudian tinggalkanlah mereka bersendiri bermain-main permainan penerjunan mereka.
6:154. Kemudian Kami memberikan Musa al-Kitab, yang sempurna bagi orang yang berbuat baik, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan, supaya mereka mempercayai pertemuan dengan Pemelihara mereka.
7:103. Kemudian Kami membangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan.
7:104. Musa berkata, "Wahai Firaun, aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam,
7:115. Mereka berkata, "Wahai Musa, adakah kamu akan melemparkan, atau adakah kami orang-orang yang melemparkan?"
7:117. Dan Kami mewahyukan Musa, "Lemparlah tongkat kamu." Maka tiba-tiba ia menelan apa yang mereka memalsukan.
7:122. Pemelihara Musa dan Harun."
7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan meninggalkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di bumi, dan meninggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"
7:128. Berkata Musa kepada kaumnya, "Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahannya adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
7:131. Maka apabila yang baik datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini ialah kerana kami"; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka meramalkan yang buruk kerana Musa, dan orang-orang yang bersamanya. Ingatlah, bahawa ramalan buruk mereka adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
7:134. Dan apabila kemurkaan jatuh kepada mereka, mereka berkata, "Wahai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa yang Dia menjanjikan kamu. Jika kamu menghilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan mempercayai kamu, dan kami akan mengutus bersama kamu Bani Israil."
7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkanlah untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.
7:142. Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami menyempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan janganlah mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan."
7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami menetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku, supaya aku dapat melihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya menampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."
7:144. Berkata, "Wahai Musa, Aku memilih kamu di atas semua manusia untuk Mesej-Mesej-Ku, dan Perkataan-Ku; ambillah apa yang Aku memberikan kamu, dan jadilah daripada orang-orang yang berterima kasih."
7:148. Dan kaum Musa mengambil untuk mereka selepasnya, daripada perhiasan-perhiasan mereka, Anak Lembu, yang hanya berjasad dan berbunyi seperti lembu. Tidakkah mereka melihat bahawa ia tidak berkata-kata kepada mereka, dan tidak juga memberi mereka petunjuk pada sebarang jalan? Namun begitu, mereka mengambilnya untuk mereka, dan merekalah orang-orang yang zalim.
7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu melakukan untuk menggantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia melemparkan Papan, dan dia mengambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah membuatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim."
7:154. Dan apabila kemarahan Musa menjadi reda padanya, dia mengambil Papan-Papan; dan dalam prasastinya terdapat petunjuk dan pengasihan bagi semua orang yang berasa gerun kepada Pemelihara mereka.
7:155. Dan Musa memilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi mengambil mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.
7:159. Antara kaum Musa, ada umat yang memberi petunjuk dengan yang benar, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.
7:160. Dan Kami memotongkan mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami mewahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan mereka, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.
10:75. Kemudian Kami membangkitkan selepas mereka Musa dan Harun kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya dengan ayat-ayat Kami, tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.
10:77. Musa berkata, "Adakah kamu mengatakan ini kepada yang benar apabila ia datang kepada kamu? Adakah ini sihir? Tetapi ahli-ahli sihir tidak beruntung."
10:80. Kemudian, apabila ahli-ahli sihir datang, Musa berkata kepada mereka, "Lemparlah kamu apa yang kamu akan melemparkan."
10:81. Kemudian, setelah mereka melempar, Musa berkata, "Apa yang kamu mendatangkan ialah sihir; sesungguhnya Allah akan membatalkannya. Sesungguhnya Allah tidak membetulkan amalan orang-orang yang membuat kerosakan."
10:83. Maka tiada yang percaya kepada Musa, kecuali satu keturunan daripada kaumnya, kerana takut pada Firaun dan pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan menganiaya mereka; dan Firaun tinggi di bumi, dan dia termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).
10:84. Musa berkata, "Wahai kaumku, jika kamu percaya kepada Allah, kepada-Nya kamu percayakanlah (tawakal) jika kamu muslim."
10:87. Dan Kami mewahyukan Musa dan saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buatlah rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukanlah solat, dan berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin."
10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."
11:17. Dan bagaimanakah dengan orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya, dan seorang saksi daripada-Nya membacanya, dan sebelumnya ialah Kitab Musa untuk imam dan pengasihan? Mereka itu mempercayainya; tetapi sesiapa yang tidak percaya kepadanya, sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah Api. Maka janganlah kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak mempercayai.
11:96. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan kuasa yang nyata,
11:110. Dan Kami telah memberikan Musa Kitab; dan berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia telah diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
14:5. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, "Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah." Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih).
14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
14:8. Dan Musa berkata, "Jika kamu tidak berterima kasih (kafir), kamu dan sesiapa yang di bumi kesemuanya, namun begitu, sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."
17:2. Kami memberikan Musa Kitab, dan membuatnya satu petunjuk bagi Bani Israil, "Janganlah mengambil untuk kamu sebarang wakil selain daripada Aku."
17:101. Dan Kami telah memberikan Musa sembilan ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada mereka, dan Firaun berkata kepadanya, "Wahai Musa, aku menyangka kamu orang yang kena sihir."
18:60. Dan apabila Musa berkata kepada budak suruhannya, "Aku tidak akan berhenti sehingga aku sampai di pertemuan dua laut, walaupun aku terus berjalan dalam masa yang panjang."
18:66. Musa berkata kepadanya, "Bolehkah aku ikut kamu supaya kamu mengajar aku, daripada apa yang kamu telah diajar, putusan yang betul?"
19:51. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam kitab, Musa; dia tulus, dan dia seorang rasul, seorang Nabi.
20:9. Sudahkah datang kepada kamu hadis (cerita) Musa?
20:11. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, "Wahai Musa,
20:17. Apakah itu yang di tangan kanan kamu, wahai Musa?"
20:19. Berkatalah Dia, "Lemparlah ia, wahai Musa!"
20:36. Berkatalah Dia, "Kamu diberi, wahai Musa, rayuan kamu.
20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku menunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia bergembira (berdingin mata), dan tidak bersedih. Kemudian kamu membunuh satu jiwa, dan Kami menyelamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami menguji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.
20:49. Berkata, "Siapakah Pemelihara kamu, wahai Musa?"
20:57. Berkata, "Adakah kamu datang kepada kami untuk mengusir kami daripada bumi kami dengan sihir kamu, wahai Musa?
20:61. Musa berkata kepada mereka, "Celakalah! Janganlah mengada-adakan dusta terhadap Allah supaya Dia tidak membinasakan kamu dengan azab. Kecewalah orang yang mengada-adakan."
20:65. Mereka berkata, "Wahai Musa, adakah kamu yang akan melempar, atau kamikah yang pertama melemparkan?"
20:67. Dan Musa berasa takut di dalam dirinya.
20:70. Dan ahli-ahli sihir melemparkan diri-diri mereka, bersujud. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara Harun dan Musa."
20:77. Kami mewahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; buatkanlah untuk mereka jalan yang kering di dalam laut, tanpa takut akan dipintas, dan tidak juga ketakut-takutan."
20:83. "Mengapakah kamu bercepat-cepat daripada kaum kamu, wahai Musa?"
20:86. Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita, kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu menjanjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu menghendaki bahawa kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu memungkiri janji temu kamu denganku?"
20:88. Kemudian dia mengeluarkan bagi mereka Anak Lembu yang hanya berjasad, berbunyi seperti lembu; dan mereka berkata, "Inilah tuhan kamu, dan tuhan Musa, yang dia lupa."
20:91. Mereka berkata, "Kami akan tetap bertekun padanya sehingga Musa kembali kepada kami."
21:48. Kami telah memberikan Musa dan Harun, Pembeza, dan Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang yang bertakwa,
22:44. Dan orang-orang Madyan; dan Musa didustakan juga. Dan Aku menangguhkan orang-orang yang tidak percaya, kemudian Aku mengambil mereka; dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku?
23:45. Kemudian Kami mengutus Musa dan saudaranya Harun dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,
23:49. Dan Kami memberikan Musa Kitab supaya mereka mendapat petunjuk.
25:35. Kami telah memberi Musa al-Kitab, dan melantik bersama dia saudaranya Harun sebagai wazir.
26:10. Dan apabila Pemelihara kamu memanggil Musa, "Pergilah kepada kaum yang zalim,
26:43. Musa berkata kepada mereka, "Lemparlah kamu apa yang kamu akan melemparkan."
26:45. Kemudian Musa melemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba ia menelan apa yang mereka memalsukan.
26:48. Pemelihara Musa dan Harun."
26:52. Dan Kami mewahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan diikuti."
26:61. Dan apabila kedua-dua kumpulan berlihat-lihatan, teman-teman Musa berkata, "Kitalah orang-orang yang tersusul."
26:63. Kemudian Kami mewahyukan Musa, "Pukullah laut dengan tongkat kamu"; dan ia terbelah, dan tiap-tiap bahagian seperti gunung tinggi yang besar.
26:65. Dan Kami menyelamatkan Musa dan orang-orang yang bersama dia, kesemuanya.
27:7. Apabila Musa berkata kepada keluarganya, "Aku melihat api, dan aku akan mendatangkan kepada kamu berita daripadanya, atau aku akan mendatangkan kepada kamu sepotong kayu berapi supaya kamu dapat memanaskan diri-diri kamu."
27:9. Wahai Musa, sesungguhnya ini Aku, Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
27:10. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai Musa, jangan takut; sesungguhnya para utusan tidak takut di hadapan-Ku,
28:3. Kami membacakan kamu sesuatu daripada berita Musa dan Firaun dengan benar untuk kaum yang mempercayai.
28:7. Maka Kami mewahyukan ibu Musa, "Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan janganlah takut, dan jangan juga bersedih, kerana Kami akan mengembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan."
28:10. Pada paginya, hati ibu Musa menjadi kosong, dan dia hampir-hampir menampakkan dia sekiranya Kami tidak menguatkan hatinya, supaya dia (ibu Musa) termasuk orang-orang mukmin.
28:15. Dan dia masuk ke kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia mendapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya meminta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (mematikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
28:18. Pada waktu pagi, dia berada di kota, takut-takut dan berjaga-jaga; dan tiba-tiba, orang yang meminta pertolongannya kelmarin meminta pertolongan kepadanya lagi. Musa berkata kepadanya, "Sesungguhnya kamu adalah orang yang bersalah yang nyata."
28:19. Tetapi apabila dia hendak menyerang orang yang menjadi musuh kepada mereka berdua, orang itu berkata, "Wahai Musa, adakah kamu menghendaki untuk membunuh aku sebagaimana kamu membunuh satu jiwa kelmarin? Kamu hanya menghendaki untuk menjadi penindas di bumi; kamu tidak menghendaki untuk menjadi daripada orang-orang yang membetulkan."
28:20. Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, "Wahai Musa, pembesar mereka sedang bermuafakat untuk membunuh kamu. Keluarlah kamu, aku termasuk penasihat-penasihat kamu."
28:29. Maka apabila Musa telah menyempurnakan tempoh, dan dia berpergian dengan keluarganya pada malam hari, dia melihat api di tepi gunung. Dia berkata kepada keluarganya, "Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku akan mendatangkan kepada kamu beritanya, atau berkas kayu daripada api, supaya kamu dapat memanaskan diri-diri kamu."
28:30. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil dari tebing sebelah kanan lembah di tempat yang lekuk yang diberkati, datang dari pokok, "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah, Pemelihara semua alam.
28:31. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai Musa, tampillah ke muka, dan jangan takut; sesungguhnya kamu aman.
28:36. Maka apabila Musa datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang diada-adakan. Kami tidak pernah mendengar yang ini di kalangan bapa-bapa kami yang dahulu."
28:37. Tetapi Musa berkata, "Pemeliharaku sangat mengetahui siapa yang datang dengan petunjuk daripada-Nya, dan siapa yang mendapat tempat kediaman muktamad; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung."
28:38. Dan Firaun berkata, "Wahai pembesar-pembesar, aku tidak mengetahui bahawa kamu ada tuhan selain daripada aku! Nyalakanlah api untukku, wahai Haman, pada tanah liat, dan buatkanlah untukku sebuah menara yang tinggi, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, kerana aku menyangka bahawa dia termasuk pendusta-pendusta."
28:43. Dan Kami memberikan Musa al-Kitab, setelah Kami memusnahkan generasi-generasi yang terdahulu, untuk menjadi bukti-bukti yang nyata, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi manusia supaya mereka mengingati.
28:44. Kamu tidak berada di sebelah barat, ketika Kami menentukan perintah kepada Musa, dan tidak juga kamu antara orang-orang yang menyaksikan.
28:48. Namun begitu, apabila yang benar datang kepada mereka daripada Kami Sendiri, mereka berkata, "Mengapa dia tidak diberi yang serupa dengan apa yang Musa diberi?" Bukankah mereka tidak percaya kepada apa yang Musa diberi dahulu? Mereka berkata, "Dua ahli sihir yang saling membantu satu sama lain." Mereka berkata, "Kami tidak percaya kepada kedua-duanya."
28:76. Sesungguhnya Karun adalah daripada kaum Musa; dia menjadi angkuh kepada mereka kerana Kami memberinya harta-harta simpanan yang kunci-kuncinya adalah beban yang sungguh berat untuk sekumpulan orang yang mempunyai kekuatan. Apabila kaumnya berkata kepadanya, "Janganlah kamu berbangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membanggakan diri.
29:39. Dan Karun, dan Firaun, dan Haman; Musa telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka berlaku sombong di bumi; namun begitu, mereka tidak mendahului Kami.
32:23. Sesungguhnya Kami telah memberikan Musa al-Kitab; maka janganlah kamu dalam keraguan mengenai pertemuan dengan-Nya; dan Kami membuatkan ia petunjuk bagi Bani Israil.
33:7. Dan apabila Kami mengambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, dan Ibrahim, dan Musa, dan Isa putera Mariam; Kami mengambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh,
33:69. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa, tetapi Allah membebaskannya daripada apa yang mereka mengatakan, dan dia terhormat di sisi Allah.
37:114. Sesungguhnya Kami telah berbudi baik kepada Musa dan Harun,
37:120. "Kesejahteraan ke atas Musa dan Harun!"
40:23. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,
40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku membunuh Musa, dan hendaklah dia berseru kepada Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan menukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."
40:27. Dan Musa berkata, "Aku berlindung pada Pemeliharaku, dan Pemelihara kamu, daripada setiap orang yang menyombongkan diri, dan tidak mempercayai Hari Perhitungan."
40:37. Tali-tali langit, dan melihat Tuhan Musa; kerana aku menyangka bahawa dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalangi daripada jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.
40:53. Dan Kami telah memberikan Musa petunjuk, dan Kami mewariskan Bani Israil, Kitab,
41:45. Dan Kami telah memberikan Musa Kitab; dan berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.
43:46. Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, dan dia berkata, "Sesungguhnya aku adalah rasul Pemelihara semua alam."
46:12. Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam, dan satu pengasihan; dan ini sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk memberi amaran kepada orang-orang yang membuat kezaliman, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
46:30. Mereka berkata, "Wahai kaum kami, kami telah mendengar sebuah Kitab yang diturunkan selepas Musa, mengesahkan apa yang sebelumnya, memberi petunjuk pada yang benar dan pada jalan lurus.
51:38. Dan pada Musa, apabila Kami mengutusnya kepada Firaun, dengan satu kuasa yang nyata,
53:36. Atau, tidakkah dia diberitahu daripada apa yang di dalam naskhah-naskhah gulungan Musa,
61:5. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, mengapakah kamu menyakiti aku, walaupun kamu mengetahui bahawa aku adalah rasul Allah kepada kamu?” Apabila mereka menyimpang Allah menyimpangkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.
79:15. Sudahkah datang kepada kamu hadis Musa?
87:19. Naskhah-naskhah gulungan Ibrahim dan Musa.

No comments: